17 January 2010

Kursus Pengurusan Organisasi






pada 9-13 december 2009, satu kursus telah dijalankan oleh fakulti.
walaupun kursus ini dijalankan ketika cuti semester, tetapi kelab sains aktuari tetap menghatar 6 wakil untuk pergi ke kursus ini.


kursus 5 hari 4 malam ini diadakan di Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah, Perak.
walaupun kursus ini bertempat di tempat yang agak dalam, tetapi keadaan di pusat latihan sangat menyeronokkan. boleh lah dikatakan macam ala-ala resort kerana para peserta ditempatkan di rumah-rumah dan di dalam rumah tersbut sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk lah tv. kalau dah ada kemudahan macam 2, mmg best lah kan. kalau lah kolej macam tue, mmg semua pelajar nak menetap di kolej kan.


jika melihat kepada tentatif program nya sahaja, sudah pasti semua orang akan mengatakan yang kursus ini membosankan, tetapi pada hakikat nya kursus ini sangat menyeronokkan dan aktiviti nya tidak lah berat.


tujuan kusus ini dijalan kan adalah untuk memberi bimbingan kepada para peserta tentang cara-cara untuk menguruskan sesuatu program.
untuk menjalankan sebarang aktiviti, ada langkah-langkah yang perlu diambil telebih dahulu.
kursus ini telah mengajar peserta dari menyediakan kertas kerja sehingga menyediakan laporan selepas program berakhir.


selain itu, dengan adanya kursus ini, hubungan antara kelab-kelab yang ada di fakulti dapat dieratkan dan seterusnya dapat melebarkan lagi jaringan sosial kelab.


program 5 hari 4 malam ini sememangnya tidak cukup untuk mengajar peserta tentang semua perkara, tetapi sedikit sebanyak ianya telah memberi pendedahan kepada mereka yang mengikuti kursus ini.


Encik Arwin juga telah bersama-sama hadir ke kursus ini dan telah membincangkan beberapa program yang bakal dijalankan sepanjang semester ini.


sebelum program berakhir, sekretariat mahasiswa fakulti sesi 2009 telah meletak jawatan sekali gus melantik sekretariat mahasiswa fakulti sesi 2010.


sebelum pulang ke kampus Shah Alam, para peserta singgah dahulu di tanah tinggi Cameron Highland untuk merehat kan minda setelah 5 hari berkursus di pusat latihan.


kurusu ini telah memberi pendedahan kepada para peserta supaya jika sesiapa ingin menjalankan sebarang aktiviti, ianya boleh lah dijalan kan tanpa sebarang masalah. yang paling utama nya, kursus ini dapat melatih para peserta untuk menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. dan yang paling penting sekali, kursus ini juga dapat melatih para peseta untuk menjadi pemimpin yang berkebolehan.

No comments:

Post a Comment