17 January 2010

Team Building


pada 8, 9 dan 10 Januari 2010, program team building telah dijalankan bertempat di Dusun Eco Resort Bentong, Pahang.6 orang ahli MT Kelab telah dihantar untuk mewakili pelajar jurusan sains aktuari.


objektif program ini adalah bagi menyesuaikan barisan peneraju kelab dengan aktiviti berpasukan dan seterusnya memupuk kerjasama bagi menjayakan setiap program yang bakal di jalankan. bagi mewujudkan suasana yang baru,peserta telah di bahagikan kepada 10 kumpulan dan dicampur adukkan dengan pelbagai lagi kelab-kelab yang lain.


Dusun Eco Resort Bentong,Pahang telah memberikan satu kelainan di mana makanan telah dihidangkan mengikut meja iaitu 8 orang untuk satu meja.Bunyi macam ekslusif tetapi cara yang unik bagi menimbulkan perasaan dan suasana kekeluargaan di atas meja makan.Selain itu,oleh sebab kedudukannya di atas bukit,peserta telah disajikan dengan kesegaran air bukit yang amat bersih dan jenih. Dipercayai air tersebut mampu menjadikan kulit kita bersih,putih dan mulus.Buktinya,lihat saja pekerja-pekerja di sana yang berkulit putih bersih.


selama 3 hari,peserta telah di dedahkan dengan pelbagai aktiviti dan pengalaman baru yang tidak mungkin dapat dilupakan.Antaranya menaiki lori beramai2 untuk sampai ke tempat kediaman,perjalanan sejauh 30km ala-ala rancangan realiti tv EXPLORACE,bermesra dengan penduduk kampung bagi melaksanakan tugasan yang diberikan,menjual air minuman bagi mendapatkan duit tambang untuk balik,war games dan sebagainya.


dalam masa yang singkat ini,keserasian ahli kumpulan dan eratnya ukhwah sesama mereka dapat diperhatikan dan dirasai.segala air mata,penat lelah telah berjaya diharungi bersama. Ukhwah baru telah pun terjalin,ukhwah yang lama telah menjadi erat kembali.


pada hari terakhir,kami telah di ajar satu tarian yang di panggil "para para dance".Tarian itu cukup comel dan kami semua amat meyukainya. Setelah majlis penutupan yang telah di rasmikan oleh Dr Mazani Manaf,Timbalan Dekan Hep dan Alumni kami diminta untuk membuat tarian tersebut. Disini saya serta kan video klip tarian tersebut.Siapa-siapa yang rajin, boleh la wat tarian ni jugak.nanti kita boleh menari bersama-sama untuk program sains aktuari yang akan datang


No comments:

Post a Comment